VISITOR COUNTER

Thursday, February 21, 2013

HIMPUNAN NGO NEGERI JOHOR 2013 - 1/3/2013

PROGRAM HIMPUNAN NGO NEGERI JOHOR 2013 yang di anjurkan oleh Alumni 4B Negeri Johor bersama2 Ngo2 lain, akan di adakan pada 1/3/2013, di Taman Senai Baru, Senai, Johor. Ianya akan di hadiri oleh YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO. Majlis akan bermula pada jam 7.00 malam dengan acara Tahlil dan Solat Hajat di Masjid As Solehin, Taman Senai Baru dan jam 9.00 malam bagi Majlis Tayangan Gambar " Filem " di Dewan Serbaguna Taman Senai Baru, Senai, Johor. Orangramai adalah di jemput hadir bersama-sama bagi menceriakan majlis ini. Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik akan di adakan pada majlis tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Saudara Mokhtar Abdullah, Setiausaha Alumni 4B Negeri Johor (0167709685).

Sunday, November 18, 2012

LAWATAN KE RUMAG SDR SALLEH ALI

Ketika umat Islam merayakan Maal Hijrah, kami dari Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor melawat Sdr Salleh Ali, bekas pemimpin masyarakat yang terlantar kerana keuzuran dan kemiskinan di Kota Tinggi. Dengan bantuan Tok Penghulu dan Ketua Kampong, kami mencari sebidang tanah di Kg Makam dan berurusan dgn Pejabat Tanah dan Pegawai Daerah bagi membina sebuah rumah untuk menempatkan Salleh Ali dan salah seorang anak perempuannya yang juga ibu tunggal yang mendapat babtuan e-Kasih. Mudah2an usaha kami ini akan berjaya, insyaallah.


Wednesday, October 24, 2012

Thursday, September 13, 2012

JEMPUTAN MAJLIS AIDIL FITRI YB ASIAH - 17/9/2012

YB Asiah Md Arif, EXCO Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Kesenian, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor, menjemput semua rakan2 yang berkelapangan untuk menghadiri Majlis Terbuka Aidil Fitri di Dewan Jubli Intan, Jalan Padang Kerajaan, Kota Tinggi pada 17/9/2012, bermula pada jam 12.00 tgh - 4.00 ptg. Kehadiran di hargai.