VISITOR COUNTER
Sunday, May 20, 2012
MESYUARAT AJK JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012
Mesyuarat AJK Jelajah Amal Ramadhan 2012 akan diadakan pada jam 9.00 pagi, Hari Khamis, 24hb Mei 2012, bertempat di Bilek Mesyuarat, Yayasan Warisan Johor. Kehadiran amatlah di hargai.
Thursday, May 17, 2012
MAJLIS RAMAH MESRA PWMJ DI DAERAH SEGAMAT
Majlis penerangan dan ramah mesra Pertubuhan Warisan Melayu Johor bersama sahabat2 di Daerah Segamat, Johor. Turut hadir adalah YB Datuk Hj Othman Jais, Timbalan Speaker DUN Johor
Tuesday, May 15, 2012
Thursday, May 10, 2012
JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM
Program " JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM" akan dilaksanakan pada FASA I: 29 hb Julai 2012, FASA II: 5 hb Ogos dan FASA III: 12hb Ogos 2012. Program adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan IKHLAS, bersama2 Ngo ( JASRA / MAHKOTA BIKERS / ALUMNI 4B / KELAB RENTAS 4x4 / KRKPJB / PUSPANITA / GERAKAN BELIA 4B / PERSATUAN PENGHULU2 JOHOR / PERDASAMA JOHOR / PERSATUAN PENGGUNA BUMIPUTRA JOHOR / PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA JOHOR / DLL ). Pihak penganjur mengalu2kan SUMBANGAN daripada semua pihak yang berkesudian, didalam bentuk bahan makanan kering , pakaian ataupun wang ringgit untuk di agih2kan kepada Keluarga yang kurang berkemampuan. Bayaran fidyah juga akan di agihkan kepada golongan asnab yg layak. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tuan Hj Zin ( 017 769 2945 / 07 226 3270 ) atau Tuan Hj Abdullah ( 019 777 0435).
Tuesday, May 8, 2012
TRANSFORMASI PEWARISAN HARTA ISLAM
Dengan segala hormatnya TuanPuan adalah dijemput untuk mendaftar sebagai peserta bagi Konvensyen Perwarisan Harta Islam Malaysia Siri Ke-2
dengan tema ‘Transformasi Perwarisan Harta Islam’ yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 24 Mei 2012 bersamaan 3 Rejab 1433
Masa : 0800 pagi – 0600 petang
Tempat : Auditorium Fakulti Undang-Undang
Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM100/Seorang sahaja.
Sila rujuk kepada brosur yang dilampirkan. Sila hubungi Pn Linda (03-2036 5198) untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
dengan tema ‘Transformasi Perwarisan Harta Islam’ yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 24 Mei 2012 bersamaan 3 Rejab 1433
Masa : 0800 pagi – 0600 petang
Tempat : Auditorium Fakulti Undang-Undang
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam, Selangor
Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM100/Seorang sahaja.
Sila rujuk kepada brosur yang dilampirkan. Sila hubungi Pn Linda (03-2036 5198) untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
--
Best regards,
AZLINDA MOHAMAD (LINDA)
Executive Officer
PERSATUAN PERWARISAN HARTA ISLAM MALAYSIA (PERWARISAN)
Tingkat 2, Wisma PROWARA, No. 19, Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur
Tel: 603-2036 5198 | Fax: 603-2036 5196 | H/P: 013-6073713 | Website: www.perwarisan.org
Best regards,
AZLINDA MOHAMAD (LINDA)
Executive Officer
PERSATUAN PERWARISAN HARTA ISLAM MALAYSIA (PERWARISAN)
Tingkat 2, Wisma PROWARA, No. 19, Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur
Tel: 603-2036 5198 | Fax: 603-2036 5196 | H/P: 013-6073713 | Website: www.perwarisan.org
Thursday, April 26, 2012
MELAYU JOHOR
RENUNGAN UTK BANGSA MELAYU JOHOR
MELAYU JOHOR
Oleh : Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang
Sasterawan Negara
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.
Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat
Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Kerajaan Melayu Bentan
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.
Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah.
Oleh : Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang
Sasterawan Negara
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.
Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat
Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Kerajaan Melayu Bentan
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.
Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah.
Tuesday, April 10, 2012
PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG

Menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Al-Haj dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

