VISITOR COUNTER

Saturday, February 29, 2020

Diskusi

Biro Antarabangsa Alumni 4B Malaysia dengan kerjasama Alumni 4B Negeri Melaka dan Negeri Johor bersama2 MUAFAKAT, MI'RAJ, UMMAH JOHOR akan melaksanakan satu Perhimpunan Penerangan dan Diskusi PRINSIP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, ANTARA PRINSIP DAN REALITI SEMASA, pada jam 9 pg, 29 hb MAC 2020, di MINI MALAYSIA, AYER KEROH MELAKA. Panel undangan adalah (1) Dato Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussein - Sejarah Perundangan dan sistem perlembagaan menurut Juriprudent watan
(2) Datuk Sallehudin Saidin - Permasaalahan melestarikanEnakmen Pentadbiran Syariah Negeri dengan Perlembagaan Persekutuan.
(3) Tun Ahmad Fairuz - Rumusan kertas kerja.
Aturcara:
8.00 - 9.00 pg - Pendaftaran
9.00 pg - Ucapan perasmian YBhg Tan Sri Mohd Ali Rustam
9.30 pg - Pembentangan Kertas 1
10.30 pg - Pembentangan  kertas 2
12.00 tgh - Rumusan
12.30 thh - Soal Jawab.
Kehadiran Yg Bhg Dato2, Tuan2 dan Puan2 amatlah di hargai.
Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro Antarabangsa Alumni 4B Malaysia,  Abdullah Awang 0167166515.

Friday, December 2, 2016

Himpunan Solidariti Ummah

#Himpunan_Solidariti
#Ummah_Untuk_Rohingya

Himpunan Solidariti  Ummah untuk Rohingya akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 4 Disember 2016
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

NGO-NGO Islam diundangi turun untuk menyatakan bantahan kita terhadap kekejaman keatas rakyat Rohingya...

Marilah kita sama - sama menjayakan #Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya ini dengan turut hadir berhimpun sebagai tanda kebersamaan kita dengan saudara Islam yang sedang bergelut menyelamatkan maruah hidup mereka dalam dunia yang gelap hitam kerana dizalimi regim yang kejam.

#SAVE_ROHINGYA.

Monday, January 4, 2016

TPPA

Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan sesi penerangan mengenai TPPA.  Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai manfaat ekonomi daripada keanggotaan Malaysia dalam Perjanjian TPP khususnya bagi kalangan agensi, industri, usahawan dan rakyat Negeri Johor amnya.  Sesi adalah seperti berikut  :

Tarikh : 10 Januari 2016 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Batu Pahat - Kota Tinggi Room, Level 7
33, Jalan Seladang, Taman Abad
80250 Johor Bahru, Johor

Saturday, April 19, 2014

PERNANAN DALAM PERSATUAN

PERANAN DALAM PERSATUAN

1. Penaung atau Penasihat
- Kedua-dua jawatan ini tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengendalian persatuan, tetapi nasihat mereka akan diminta jika diperlukan.
- Penaung selalunya menjadi pelindung pada persatuan dan penjaga imej persatuan. Biasanya lebih besar dan terkenal sesebuah persatuan, maka Penaungnya juga merupakan orqang-orang kenamaan yang terkenal. Contohnya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, penaungnya ialah Raja Permaisuri Agong.

2. Presiden / Yang DiPertua (Pengerusi)
Sebagai pemimpin, Presiden / Yang DiPertua (YDP) memainkan peranan penting dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan tersebut. Beliau akan menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta memberi nafas baru terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya. Antara lain tanggungjawab YDP adalah:
- Mestilah bersedia berbakti, mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan adil dan berkesan. YDP harus kreatif dan mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah.
- Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan kepada Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan tidak menyeleweng dari dasar asal.
- Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
- Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
- Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.

3. Timbalan Presiden / Naib Presiden / Naib Yang DiPertua
Adakalanya Timbalan Presiden / Naib Presiden /Naib Yang DiPertua (NYDP) dilantik seorang atau lebih bergantung kepada keperluan persatuan. Misalnya NYDP lelaki dan juga wanita. Ia bergantung kepada keperluan ahli dan mesti mengikut perlembagaan.
- Membantu segala tugas Presiden / Yang DiPertua.
- Memangku tugas YDP semasa ketiadaan beliau.

4. Setiausaha
Merupakan teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan.
Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan Setiausaha adalah:
- Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
- Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
- Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
- Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
- Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya.
- Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika tidak dapat hadir, tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
- Menandatangani semua cek dan baucer selain Presiden/YDP dan Bendahari.
- Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung.

5. Penolong Setiausaha
Adakalanya persatuan perlu melantik seorang Penolong Setiausaha apabila program atau aktiviti yang akan dilaksanakan adalah besar, berat dan meluas. Lazimnya beliau akan membantu Setiausaha dan memangku jawatan tersebut apabila ketiadaan Setiausaha.

6. Bendahari
- Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan persatuan.
- Menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama Presiden/YDP atau Setiausaha.
- Menjaga dan memastikan wang persatuan hanya digunakan untuk perkara yang berfaedah sahaja.
- Boleh menyimpan wang tunai tetapi dipastikan tidak melebihi apa yang dibenarkan oleh perlembagaan persatuan. Wang tunai yang lain atau cek diterima hendaklah dimasukkan dalam akaun persatuan.
- Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung sebelumnya.
- Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.
- Menyimpan buku penyata, buku akaun bank, buku cek, resit, buku wang keluar masuk dan buku wang tunai.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk Mesyuarat / Mesyuarat Agung

7. Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka antara lain:
- Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
- Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
- Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan oleh persatuan.
- Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.
- Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat.

Ahli jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan notis sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang ahli jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan boleh dianggap sebagai telah meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil (jika perlu). Jika ada ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, maka lantikan baru boleh dibuat.

8. Pemeriksa Kira-kira
Biasanya dua orang Pemeriksa Kira-kira yang tidak terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa akan dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Antara lain tugas mereka adalah:
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi tempoh lantikan dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung.
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi mana-mana masa dalam tempoh jawatan mereka dan memberi laporan pada jawatankuasa pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh YDP.

9. Ahli Biasa
Biasanya ahli sesebuah persatuan terbuka kepada golongan tertentu yang mempunyai kepentingan bersama. Umumnya permohonan menjadi ahli persatuan dimajukan kepada Setiausaha dan seterusnya dipanjangkan kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicara menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang alasan. Sebagai ahli sebuah persatuan, antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi adalah:
- Membayar yuran keahlian kepada Bendahari samada secara bulanan atau tahunan mengikut cara yang diamalkan oleh persatuan tersebut. Terdapat juga persatuan yang mengenakan bayaran seumur hidup iaitu dengan cara bayaran sekaligus sahaja.
- Memberi surat bertulis jika hendak berhenti menjadi ahli dan mebayar semua hutang-hutang yuran yang tertunggak jika ada.
- Membantu mengemaskan perjalanan mesyuarat jika diminta oleh Presiden / YDP atau Setiausaha seperti mengira undi, mencatat nama, menjadi penyambut tetamu, menyediakan jamuan dan sebagainya.
- Menghadiri Mesyuarat Agung dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli.

Thursday, February 27, 2014

CERAMAH HARTA PUSAKA ISLAM

CERAMAH HARTA PUSAKA ISLAM

Dengan segala hormatnya, Tuan/puan dijemput untuk hadir ke Ceramah Harta Pusaka Islam yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 8hb Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar
Yuran : Percuma (Sarapan ada disediakan)

Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi / sms / whatsapp sekretariat ceramah di talian 07-2355993/2300551, 019-7228769 (Hanisah), 019-3661551 (Faizal) atau 013-6147813 (Syamsinar).

Thursday, November 21, 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55

DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan dan ahli-ahli Perubuhan Warisan Melayu  Negeri Johor, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !



Tuesday, October 1, 2013

MAJLIS PELANCARAN " DANA WARISAN RUMPUN MELAYU "

Majlis Perlancaran " DANA WARISAN RUMPUN MELAYU " akan diadakan pada Hari Ahad, 6/10/2013, jam 10.30 pagi, bertempat di M Suite Hotel, Johor Bahru. Majlis pelancaran akan di lakukan oleh YB Tan Sri Dato' Seri Utama Mohd Isa Hj Abdul Samad, Pengerusi, FELDA Malaysia. Kehadiran di hargai.

Monday, May 13, 2013

BARISAN EXCO NEGERI JOHOR


Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Ia disusuli oleh sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri.

Mereka yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri ialah Asiah Md. Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga), Md. Jais Sarday (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Tee Siew Kiong (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan), Datuk Ir. Hasni Mohammad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Vidyananthan Ramanadhan (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia).

Lain-lain ialah Abd. Mutalip Abd. Rahim (Pengerusi Jawatankuasa Agama), Datuk Abd. Latiff Bandi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Ismail Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani) dan Datuk Zulkurnain Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Warisan).

Thursday, February 21, 2013

HIMPUNAN NGO NEGERI JOHOR 2013 - 1/3/2013

PROGRAM HIMPUNAN NGO NEGERI JOHOR 2013 yang di anjurkan oleh Alumni 4B Negeri Johor bersama2 Ngo2 lain, akan di adakan pada 1/3/2013, di Taman Senai Baru, Senai, Johor. Ianya akan di hadiri oleh YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO. Majlis akan bermula pada jam 7.00 malam dengan acara Tahlil dan Solat Hajat di Masjid As Solehin, Taman Senai Baru dan jam 9.00 malam bagi Majlis Tayangan Gambar " Filem " di Dewan Serbaguna Taman Senai Baru, Senai, Johor. Orangramai adalah di jemput hadir bersama-sama bagi menceriakan majlis ini. Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik akan di adakan pada majlis tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Saudara Mokhtar Abdullah, Setiausaha Alumni 4B Negeri Johor (0167709685).

Sunday, November 18, 2012

LAWATAN KE RUMAG SDR SALLEH ALI

Ketika umat Islam merayakan Maal Hijrah, kami dari Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor melawat Sdr Salleh Ali, bekas pemimpin masyarakat yang terlantar kerana keuzuran dan kemiskinan di Kota Tinggi. Dengan bantuan Tok Penghulu dan Ketua Kampong, kami mencari sebidang tanah di Kg Makam dan berurusan dgn Pejabat Tanah dan Pegawai Daerah bagi membina sebuah rumah untuk menempatkan Salleh Ali dan salah seorang anak perempuannya yang juga ibu tunggal yang mendapat babtuan e-Kasih. Mudah2an usaha kami ini akan berjaya, insyaallah.